Saturday 30 March 2019

Al-Imran Ayat 134

4.3.134 
Juzuk:4,Surah:3
Surah 3, Ayat 134:
.

Ringkasan tafsir;

Ada pun sifat orang yang bertakwa itu ialah;

1. Orang yang membelanjakan hartanya dikala senang dan susuah, yang merupakan sifat pemurah lagi dermawan.

2. Orang yang sabar menahan marah iaitu kemarahan yang memuncak menyala-nyala didalam dada mereka itu dapat mereka tahan dan simpan dihati-hati mereka. Mereka ini orang yang berjiwa besar dan semangat kuat.

3. Orang yang memaafkan kesalahan manusia, apabila mereka menganiayai nya tidak dibalas bahkan dimaafkan segala kesalahan mereka itu.

4. Orang yang membuat kebaikan menolong meringankan kesusahan orang lain dengan mengorbankan sebahagian nikmat yang mereka perolehi nya, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah.

5. Sifat kelima pula lihatlah sambungan dalam ayat 4.3.135.

.
 
[previous] [next] [home]
.
.
Rujukan sumber,

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan,
131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Friday 15 July 2016

Surah AlBaqarah (158)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 158:
Ringkasan tafsir
Ayat ini menjelaskan salah satu rukun haji, yang mana barang siapa mengerjakan Haji atau Umrah maka tak mengapa mengerjakan Sa’i (berlari dari Sofa  ke Marwah) suatu lembah tempat dimana umat Islam menyerah bakti dan mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah sebagai lambang taat setia kepada Nya.

Al-kisah turun ayat ini, apabila kaum Ansar enggan melakukan ibadah ini kerana tidak suka memuliakan tempat itu kerana Arab jahiliah telah menyalah guna batu sumpahan itu dijadikan patung untuk disembah oleh Arab Jahaliah, yang mana sebelum itu Allah telah sumpah kepada dua mempelai yang melakukan zina menjadi batu dan batu yang menyerupai manusia itu diletak diatas bukit, dan batu lelaki yang bernama Asafa diletak dibukit Sofa dan batu perempuan yang bernama Nailah diletak dibukit Marwah. Ini supaya perbuatan kedua mempelai itu menjadi tauladan kepada manusia supaya jangan melakukan zina.  Tetapi dari zaman kezaman berlalu maka Arab jahiliah telah mengambil kesempatan untuk menyembah batu itu sebagai patung untuk disembah, maka oleh itulah sebabnya kaum Ansar enggan melakukan Sa’i  kerana ditakuti bersubahah kerana mengikuti amalan yang dilakukan orang Arab jahiliah pada zaman terdahulu. .
.
.
[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 151~160;  
 [GS] https://t.co/v4rBqSi5zE
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/105806571802621456951/posts/e95nCDrERLf



.